Showing posts with label Derma. Show all posts
Showing posts with label Derma. Show all posts

Tabung Kecemasan Gaza: #doauntukgaza

Salam 13 Ramadan.

Mummy ingin panjangkan mesej yang mummy dapat dari fesbuk. Kita sebagai insan yang prihatin, mungkin tidak dapat berjihad seperti mereka untuk mempertahankan bumi suci mereka, tetapi hanya mampu kirimkan doa dan bantuan kewangan. Bantulah sedikit walau bukan berjuta ringgit sekali pun, asalkan ikhlas lillahitaala...

Mummy sertakan juga emel bagi yang buat transfer secara online banking.

Email: office@amanpalestin.net | amanpalestin@yahoo.com

----------

Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.

Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.

Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

----------

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922


----------

Mari Beramal Bersama IRM

Salam Yaumul Jumaah.
Amalan menderma adalah salah satu punca murah rezeki.
Jom beramal bersama!

----
Islamic Relief Malaysia (IRM)

Fakta di Yemen
• 45% daripada 24 juta penduduk hidup di bawah garis kemiskinan.
• 43% daripada 24 juta penduduk mengalami kekurangan makanan.
• Hampir separuh daripada kanak-kanak mengalami proses tumbesaran terbantut.
• 35% masih menganggur.

Sudahkah anda menyumbang untuk membekalkan bantuan makanan asas kepada asnaf fakir dan miskin di dalam & luar negara (15 buah negara) semasa bulan Ramadhan melalui program Program Ramadhan: Care For Hunger?

Jika belum, sumbanglah sekarang!
Yemen merupakan salah satu negara yang akan menerima bantuan bekalan makanan asas tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:-
http://islamic-relief.org.my/ramadhan-relief-2014/

Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Sumbangan kepada Aqsa Syarif

Assalamualaikum!!

Maha suci Allah Tuhan Pencipta Alam Semesta, dan Selawat & Salam kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ni terpanggil lagi untuk menulis tentang sumbangan.

Kalu sebelum ni anda sudah buat sumbangan ke Viva Palestine, apa kata sumbangkan pula kepada NGO lain yang sedia membantu saudara kita di Palestin sana. NGO yang dimaksudkan adalah Aqsa Syarif. Aktiviti tentang mereka boleh anda lusuri sendiri di laman web mereka.