Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Bukan Mengganas: #doauntukgaza




Hamas bukan pengganas seperti yang telah digembar-gemburkan oleh pihak barat. Begitu juga Briged Al-Qassam, mereka adalah pejuang Palestin. Mereka hanya mempertahankan bumi mereka yang diceroboh. Mereka bukan memerangi sebab penceroboh itu orang Yahudi. Tetapi sebab mereka menceroboh tanah Palestin, membunuh rakyat Palestin sesuka hati. Anak² menjadi yatim piatu, wanita menjadi balu, malah ada yang sekeluarga mati terkorban. Semoga Allah sentiasa dihatimu wahai Pejuang Islam.

Mesir, Morsi & Krisis Terkini

Assalaamualaikum!

Dah lama betul tak menaip di belog sendiri.. Ada banyak perkara yang berlaku lately - ada citer sedih, gembira, hambar, dan biasa² ajer pun ada. Pendek kata macam² ada! Tapi yang paling menarik untuk dicoret malam ni adalah tentang Mesir..

Gaza Under Attacks - Emergency Funds

Assalaamualaikum!

Sihatkah anda..? Dimana jua anda berada, harap semuanya sihat sejahtera di sisi keluarga tercinta. Terfikirkah anda pada saudara se-Islam kita yang berada di Gaza, Palestin. Mereka di serang lagi baru2 ini oleh puak Laknatullah - Israel..

Jom berdoa, berdoa & berdoa untuk kesejahteraan saudara kita, dan kehancuran mereka yang jahat hati perutnya, kalau ada hati prot, mesti ada sifat kemanusiaan kan.. Ish..!

Jangan lupa hulurkan sumbangan anda kepada Pertubuhan Viva Palestin. Ngo ini akan terus hantarkan wang anda untuk mereka yang memerlukan pakaian, ubatan dan makanan. Boleh baca & tengok sendiri di web : http://www.vivapalestina-my.org/


Info sumbangan
Pertubuhan Viva Palestina Malaysia
Account no : 5-64324-601324
Swift Code : MBBEMYKL
Bank : Malayan Banking Berhad
Bank address : Block C, Damansara Offices Complex, Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia


Rusuhan Di Britain

Salam..

Yuhuuuuu.. Sejak Ramadan ni, tak menyempat lak nak hapdate belog. Lepas tengok di tv semalam pasal rusuhan di britain, terpanggil lak nak mengarang sket.

Selepas rusuhan besar²an di Mesir, dan lepas itu Libya.. Kini di Britain lak. Rusuhan adalah bermula di bandar Liverpool, dan Birmingham. Di jangka akan merebak ke bahagian lain. Banyak bangunan di rosakkan dan dirompak. Terbaru, ada pelajar dari Malaysia yang turut tercedera dan telah menjadi mangsa rompak. Jom tengok video..

Sedikit-sebanyak kejadian rusuhan pasti memalukan kerajaan Britain. Teringat pulak isu Bersih di Malaysia tempoh hari, juga turut mencalar nama Malaysia. Itu ajerlah nak kongsi-kongsa untuk malam ini. Lain² boleh google lah yer. Hik!

Nota Mokcik: Minta Tuhan jauhkan lah dari segala malapetaka dan mara bahaya yang seumpama .

Kematian Osama Laden

Salam Hormat.

Masih terkejut lagi dengan berita kematian Osama Bin Laden pada 1 Mei lalu.. Macam tak percaya pun ada. Dalam lubuk hati memang berbuku keciwa dengan sikap setengah2 mereka yang bergembira dengan pemergian wira Islam ini. Moga beliau mati dalam syahid...

Pulau Kucing

Salam.
Tahukan anda?
Ada pulau yang terselamat semasa tsunami di Jepun tempoh hari.
Pulau tersebut adalah Pulau Tashirojima atau lebih dikenali sebagai pulau kucing.
Pasal apa terkenal dengan nama pulau kucing lak. Nak tahu?
Kerana.. Penduduk kat sana suka bela kucing, dan percaya akan kucing mempunyai tuah. Rasanya dah ramai pembaca tahu pasal pulau ini. Tak kiralah. Sebab aku suka sangat kat binatang spesis ni, nak buat jugak entri pulau kucing ni, sambil nak menayang gambar² kucing² dari pulau tersebut. Sukerrrr!!!

Krisis Nuklear Jepun

Bayi tengah di scan radiasi
Salam.

Semalam, 15 Mac 2011, Jerman telah mengumumkan akan penutupan tujuh loji nuklear mereka, yang telah beroperasi sejak sebelum tahun 1980 - Lama tu dah beroperasi!

Keputusan diambil setelah krisis nuklear yang melanda Jepun selepas gempa dan kesan tsunami - Okay jugak tuh, ambil iktibar katakan.

Kesian dah ku tengok orang2 kat Jepun tu.. Dah lah kena gempa, lepas tu tsunami, sekarang ruang udara mereka di cemari kesan radiasi pulak. Syukur kita kat Malaysia masih dinaungi Rahmat Allah tiada mala petaka seumpama itu sekarang ni.

Gambar Jepun Dilanda Tsunami

Manusia Di atas Bangunan Di Airport Sendai
Gelombang Tsunami








Sumber: Guardian.co.uk

Hosni Mubarak Letak Jawatan

Salam..

Berita awal pagi. 
Akhirnya Hosni Mubarak mengumumkan letak jawatan setelah 18 hari rakyat Mesir melakukan protes.
Beliau melepaskan jawatan pada usia 82 tahun, dan setelah memerintah Mesir selama 30 tahun sejak Oktober 1981 yang lalu.
Bayangkan betapa lamanya dia memerintah, membuahkan hasil protes sungguh2an oleh rakyat Mesir, dan ternyata protes mereka telah berjaya menamatkan pemerintah beliau pada 11 Februari 2011.
Ho-ho .. Tak leh nak gambarkan bagaimana perasaan rakyat Mesir pada tika ini.. Gembira sakanlah depa..
Alhamdulillah.. Mungkin ni adalah berkat doa mereka yang telah lama teraniaya..

Sekian sahaja berita awal pagi.

Pesan Mokcik: Banyakkan berdoa moga pelajar kita boleh terus sambung belajar dengan aman lepas ni..

Proses Pemindahan Pelajar dari Mesir

Akhirnya...
Proses pemindahan pelajar Mesir keluar dari sana terlaksana juga dengan bantuan kerajaan Malaysia.
Pemindahan sementara sedang dijalankan sekarang, pelajar di bawa keluar dari Mesir ke Jeddah.

Berikut adalah makluman penting:
  • Setiap peserta hanya dibenar bawa barang/beg kecil 7 kilo je
  • Bawa pasport/dokumen perjalanan yang sah
  • Kos perjalanan balik ke Mesir adalah di atas tanggungan sendiri
  • Mesti berkumpul di tempat yang disediakan sebelum di bawa keluar 
  • Kena isi borang
Sila rujuk Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita untuk makluman lanjut.

Makluman tambahan:
1. CAIRO UNI : Bercuti 3 bulan
2. AL-AZHAR UNI : Bercuti 1 tahun
3. Ain Shams UNI : Bercuti 6 bulan

Memang patut balik Malaysia jer, uni pun dah umum cuti panjang.. Moga masalah di Mesir akan cepat reda dan selesai.


Nota: Alhamdulillah.. Semoga semua selamat sampai, terutamanya anak buah dan sepupu.

Bawa Balik Rakyat Malaysia Segera

Salam Hari Selasa...

Gara² rakyat Mesir merusuh, kerajaan asing telah bawa pulang rakyat mereka. Antaranya China, Jepun, Amerika, Turki dan Iraq. Masing² hantar pesawat mereka ke Kaherah dan Iskandariah. Malaysia dah hantar ke atau nak suruh mereka balik sendiri.

Kabar dari anak sedara dan sepupu; masing² pelajar tahun tiga dan tahun satu mengatakan mereka telah berkumpul untuk dipindahkan ke Jordan semalam atau mungkin semestinya hari ni sudah bergerak ke sana - mesti hari ni adalah telahan saya. Sebab besok rakyat Mesir akan berkumpul dan pasti ada rusuhan lagi!

Lepas Jordan, ke mana? Itu yang takder dalam benak saya.. Ada juga beberapa pelajar yang sudah sampai ke Malaysia semalam, 31 Jan. Harap yang lain akan menyusul dan selamat sampai.

Wallahu'alam.


Jom tengok gambar di sana! Sumber

Suasana di Airport Cairo
Manusia beratur panjang utk pulang


Cuba pertahan Mall walau dah rosak dan terbakar
Para pemprotes kat Cairo's Liberation Square

Kerosakan
Kereta kebal dan manusia merusuh


Nota: Menulis untuk meluahkan perasaan, selain memanjatkan doa buat keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di sana

Krisis Mesir Meruncing

Salam Lewat Malam!

Dah macam wartawan lak hari ni, cuba mencari² info terkini pasal keadaan mereka di Mesir akibat rusuhan di sana. Dalam hati - Risaunyer tak terkata. Doa, doa dan hanya doa yang dapat dikirimkan buat semua rakyat Malaysia di sana terutamanya para pelajar.

Dah jumpa satu sumber ni, agak bagus untuk disebar dan dikongsi bersama untuk pengetahuan umum.

Boleh check info terkini kat sini or boleh lihat snippet
di sebelah BERITA MESIR TERKINI

Mesir Tengah Darurat Ke

Assalaamualaikum!

Baru nak jer mula berblogwalking.. dah terbaca satu blog ni.. infonya yang cukup merisaukan dan mengerunkan. Apa taknya, bila terbayang kalu kita dikenakan perintah berkurung - memang dasat! dan betapa huru-haranya tempat itu. Tajuknya berbunyi:

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua



Memang kat sana tengah huru-hara. Kalu nak tahu lanjut, pergilah baca sendiri. Klik tajuk tuh!


Nota: Hanya doa yang mampu ku panjatkan. Moga semuanya selamat dan dimudahkan Allah. Aamiiin

Mesir Merusuh::Selamatkah Pelajar Di sana

Salam Sayang buat Pembaca!

Siapa yang ada adik or sedara mara yang sedang belajar di Mesir?
Bila last diaorg update keadaan mereka di sana?
My niece & cousin ada kat sana sekarang, semalam dpt kabar dari my niece kata dalam keadaan oke - tiada apa2 masalah. Itu pun bukan dengar sendiri dari mulut beliau, dari kakaknya. Aku risau itu adalah ayat nak sedapkan rasa jer. Apa2 pun aku  sentiasa doakan mereka semua di sana dalam keadaan selamat. Aamiiiin.

Ni diselitkan petikan dari berita Bernama:

Malaysia Hantar Pasukan Menilai Keperluan Memindah Rakyat Malaysia Di Mesir, Kata Kohilan
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Timbalan Menteri Luar A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam Isnin mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.

Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana "situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia".

"Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka...kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)...kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit," katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, Isnin.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.

Katanya Majlis Keselamatan Negara telah mengadakan mesyuarat kali kedua membincangkan pemindahan pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan yang semakin buruk akibat tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak.

"Adalah dinasihatkan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke Mesir. Rakyat Malaysia yang berada di Mesir juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa Mesir termasuk arahan perintah berkurung serta mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnnya seperti yang dimaklumkan kedutaan besar Malaysia di Kaherah," kata Kohilan.

Menurut Kohilan, setakat ini sejumlah 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan angka ini lebih besar lagi dan menambah kata bahawa setakat 12 tengah hari ini, kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dilaporkan selamat di negara itu.

Menjawab satu soalan, Kohilan menjelaskan bahawa misi ini hanya untuk menilai keadaan untuk keperluan pemindahan, serta memberi segala bantuan yang diperlukan dan memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia dan tidak ada sebarang perjumpaan akan dilakukan dengan sebarang menteri negara Mesir.

-- BERNAMA