Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban)
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Jangan Cabut Uban
Selamat Tinggal April
Salam 1 Malaysia
Pejam Celik. Duduk Bangun. Makan Tidur. Akhirnya kita dah berada di penghujung april
Masya-Allah.. Begitu cepat masa berlalu. Semakin pantas, semakin tak terkejar. Tapi itulah hakikatnya..
Tentang tanda² akhir zaman sudah sedia dimaklumi melalui hadis nabi.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan , setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap”.
Allah sedang menguji hamba²Nya. Adakah masih mengingatiNya walau sebok dengan hal duniawi.
Kita sesama insan pun harus saling ingat-mengingati. Seimbangkanlah dunia dan akhiratmu.
Fitnah Al-Masih Dajjal
As-salaamualaikum!
Dalam Riwayat Hadis Abu Hurairah, Nabi selalu membaca doa selepas Tasyahudnya, yang bermaksud:
Nah! Betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah Dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal.. Sedangkan siapalah kita disisi Allah?
Dalam Riwayat Hadis Abu Hurairah, Nabi selalu membaca doa selepas Tasyahudnya, yang bermaksud:
‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah Dajjal’.
Nota Mokcik: Mari beramal!
اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال
Malam Laitul-Qadar
Salam Ramadan 10 Terakhir...
Malam sepuluh terakhir Ramadan akan adanya malam lailatul-qadar. Satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang dinanti² oleh para muslimin dan muslimat.
Adakah ia malam 21 baru² ni?
Atau malam 23?
Atau malam² berikutnyer?
Seingat mokcik, malam 21 tempoh hari adalah malam yang sangat tenang dan damai, tanpa angin bertiup, mahupun hujan ataupun terasa hangat. Antara tanda² malam laitul-qadar:

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.Walau bagaimanapun, malam sepuluh terakhir masih berbaki. Jangan pula kita abaikan. Bersesuaian dengan hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. :
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”Hadis lain Aishah meriwayatkan:
Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.Wallahu'alam.
Nota mokcik: Jom beramal & mencari malam Lailatul-Qadar.
rujukan: sumber di internet
Syaitan di Rantai
Petikan ini adalah dari email:
Assalamu’alaikum
Penjelasan kepada hadith “Syaitan di rantai”
Sabda Nabi :saw :-
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari #1899 dan Muslim #1079].
Ulama mempunyai beberapa intepretasi mengenai hadith ini. Perlu di ingat, bahawa hadith ini berbicara permasalahan ghaibiyat (ghaib) yang hanya Allah swt yang tahu perkara sebenarnya.
1. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata, menurut al-Halemi “syaitan dirantai” boleh bermaksud syaitan tidak berupaya menggoda orang Islam disebabkan umat Islam sibuk dengan berpuasa, dimana puasa membendung keinginan, mereka banyak membaca al-Quran dan banyak berzikir kepada Allah.
2. Berkata Qadi ‘Iyaad – ia boleh diintepretasikan dengan maksud literal, bahawa ini merupakan petanda kepada malaikat akan permulaan bulan ini, bulan yang penuh kebajikan, dan dapat menghalang syaitan mengganggu umat Islam. Ia juga merujuk kepada terlalu banyaknya ganjaran dan kemaafaan, dimana ia mengecewakan Syaitan, lalu diisitilahkan sebagai Syaitan telah di rantai!
3. Ada yang mengatakan ia sebagai metaphor kepada gagalnya syaitan menggoda orang-orang yang benar-benar puasa. Sebab itu orang yang tidak benar-benar berpuasa masih boleh diganggu syaitan. Tukang sihir masih lagi mensihirkan orang dalam bulan Ramadhan……
4. Selain itu, ada ulama’ mengatakan Cuma syaitan yang bernama MAARID sahaja yang di rantai, sebagaimana pendapat yang dipegang oleh bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh yang mengatakan : tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi didalam hadith yang lain :-
أتاكم رمضان، شهر مبارك، فرض الله عليكم صيامه، تفتح فيه أبواب السماء، وتغلق فيه أبواب الجحيم، وتغل فيه مردة الشياطين
"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat (giant)/Maarid........." [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i #2105]
Syeikh Ibn Utsaimin rh menyatakan bahawa hanya Syaitan2 kuat yang bernama Maarid yang dirantaikan.Cuma beliau menegaskan bahawa hadith ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak mendiskuskan lebih lanjut. Ini lebih selamat kepada aqidah seseorang itu.
5. Menurut kitab Fathul al-Baari, perkara kejahatan berkurangan pada bulan Ramadhan, jika di bandingkan dengan bulan yang lain. Walaupun Syaitan di rantai, ini tidak bermakna kejahatan tidak akan berlaku, kerana terdapat perkara-perkara lain punca kejahatan disamping Syaitan, seperti Jiwa yang jahat, perangai jahat dan manusia-manusia jahat.
Ramadhan Mubarak!! BarakallahuFiKum
Wallahu’alam.
(Khairol Amin) kamin

Kotak Shoutmix Meragam
Salam kawan².
Orang kata kalu nak berkata² biarlah yang baik² dan yang manis².
Hadis Nabi pula ada ditinggalkan untuk ingatan kita:
Hari ni ku baru nak mula berblogwalking secara aktif semula, tapi ada pula halangannya..
Macam biasa talian internet yang agak lembab, tapi kadang² oke. Oke tu bukannya laju mana pun, tapi setakat oke-oke jer lah.. Anda boleh bayangkan bukan?
Halangan utama adalah kotak shoutmix yang meragam la pulak.. Susah lah nak tinggalkan jejak kan.. Bukannya tak boleh tinggal jejak kat komen tu.. Cuma idea untuk mengomen tu selalu jer kering. Ini bukan cubaan tau, tapi betul-betul. Ngee....
Orang kata kalu nak berkata² biarlah yang baik² dan yang manis².
Hadis Nabi pula ada ditinggalkan untuk ingatan kita:
"Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah, 'Berkata yang baik ataupun diam'."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Salam Pagi Jumaat.
Masih pagi lagi kan?! Walau jam dah hampir Jam 12 tghari.. Hehe
Tapi hakikatnya, kat luar tu panas giler.. Hangat matahari sangat menyengat kulit.
Hari ni dah Jumaat.. Cepatnyer kan masa berlalu.
Petang nanti nak balik ke kampung lagi.. Ada kenduri tahlil untuk arwah adik ipar, pada malam ni. Tak dapat lah tolon memasak tapi dapat jugak tolon kemas2 lepas kenduri. Biasanya tukang masak memang dah ramai. Cuma bab kemas-mengemas jer yang kurang beres. Tu yang rasa bertanggungjawab kena balik jugak, untuk tolon kurangkan beban ibu mertua untuk mengemas lepas kenduri. Kalu malam belom beres, sambung esoknya la kan.
So, malam ni, esok dan lusa akan ku tinggalkan belog ini lagi.. Setelah hampir 2 minggu belog ini tak terurus. Korang tolon tengok2 kan ekk..
Mokcik tinggalkan dalam belog ini dengan sebuah hadis:
Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., Nabi s.a.w. bersabda: " Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun."
(Riwayat Muslim)
Hari Kekasih
Assalaamualaikum!
Jangan salah yer.. Tetiba jer rasa nak tulis entri ni.
Jangan konfius dengan hari kekasih yang disambut dan dibesar²kan oleh puak kafirun tuh.
Hari apa tu? Sapa tahu angkat kening sebelah.. Malas nak sebut sebenarnya - Hari valentine. Hari yang haram (ikut kata mudah) disambut oleh umat Islam. Tahu tak?
Tak tahu, tanya pada yang arif..
Hari yang dimaksudkan ikut tajuk entri adalah Hari Kekasih Allah Subhanahu wa ta'ala.
Iaitu, esok, kita nak sambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Jom kita banyakkan berselawat kepada baginda.
Pesan Mokcik: Banyakkan selawat kerana
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa berselawat sekali ke atasku, Allah berselawat sepuluh kali ke atasnya." Riwayat Imam Muslim.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa berselawat sekali ke atasku, Allah berselawat sepuluh kali ke atasnya." Riwayat Imam Muslim.
8 Pesanan Lukman Al-Hakim
LAPAN PESANAN LUKMAN AL-HAKIM
Dari Abu Umamah, bahawa Rasulullah Saw telah bersabda:
Pesanan Lukman Al-Hakim yang menjadi perkara pokok yang disebut dlm Al-Quran ialah:-
1-Bersyukurlah kepada Allah
2-Janganlah mempersekutukan Allah
3-Berbaktilah kpd orang tua
4-Pergaulilah orang tua dengan baik
5-Tebarkan kebaikan, dan semua akan diperhitungkan
6-Mantapkan mental dan spiritual
7-Kembangkan komunikasi yang menarik
8-Sederhanalah dalam hidup dan bertutur dengan lembut
Sumber: Petikan Buku
Anak adalah amanat Allah, dan hak yang paling utama adalah pendidikan. Betapa sayangnya Lukman Al-Hakim kepada anaknya dapat dijelaskan melalui pesanan² beliau untuk anaknya.
Dari Abu Umamah, bahawa Rasulullah Saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Luqman memberi nasihat kepada anaknya: Wahai anak, selalulah kamu berkumpul dengan ulama dan dengarkan ucapan orang-orang bijak, kerana sesungguhnya Allah pasti menghidupkan hati yang mati dgn cahaya hikmah spt menghidupkan bumi yg kering kontang dgn basahnya air hujan."
Ath-Thabarani.
Pesanan Lukman Al-Hakim yang menjadi perkara pokok yang disebut dlm Al-Quran ialah:-
1-Bersyukurlah kepada Allah
2-Janganlah mempersekutukan Allah
3-Berbaktilah kpd orang tua
4-Pergaulilah orang tua dengan baik
5-Tebarkan kebaikan, dan semua akan diperhitungkan
6-Mantapkan mental dan spiritual
7-Kembangkan komunikasi yang menarik
8-Sederhanalah dalam hidup dan bertutur dengan lembut
Sumber: Petikan Buku
Pesan Mokcik: Selamat Beramal
Subscribe to:
Posts (Atom)