Showing posts with label Tips kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Tips kehidupan. Show all posts

Cara Urus Wang Gaji


Berapa ramai yang belom tahu menguruskan wang yang masuk tiap bulan?
Berapa ramai yang wang poketnya sentiasa tidak cukup?
Perbelanjaan berhemat memang penting dan 'ukur baju di badan sendiri' perlu diterapkan.

Cara mudah untuk menguruskan wang supaya anda tidak berbelanja secara boros, dan perkara pertama yang anda perlu lakukan apabila menerima wang gaji adalah;

Asingkan wang anda mengikut peratusan berikut: (sumber dari radio)

PERTAMA - 10% adalah wang Simpanan (masukkan ke dalam bank yang sukar untuk anda keluarkan)
KEDUA - 55% adalah wang untuk Belanja wajib (duit segala bil, hutang dan belanja dapur)
KETIGA - 10% sebagai wang Sumbangan ( ibubapa atau cukai)
KEEMPAT - 5% untuk tujuan tabungan Pendidikan (hadir kelas kemahiran atau kursus mengurus kewangan atau lain²)
KELIMA - 5% untuk tabung Kecemasan (tayar pancit ke, atau perubatan)
KEENAM - 5% untuk tujuan simpanan Pelaburan saham atau sbgnya
KETUJUH  - 10% adalah wang simpanan untuk keperluan Pelancongan/Travel.

Semoga bermanfaat.

10 'B' Untuk Redakan Tekanan

Assalaamualaikum.

Bila anda tertekan. Ingatlah Sepuluh 'B' ini & lakukan dengan kadar segera semampu boleh.
  1. Bertenang
  2. Bernafas sedara dalam
  3. Berkata: ' Relakslah...'
  4. Beribadat
  5. Berkongsi perasaan dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat & mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif

Siri 7: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja² Dahulu

Empat hal yang menambahkan kejernihan air muka
  • Jaga wibawa
  • Tepati janji
  • Berbuat baik
  • Taqwa

Siri 6: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja² Dahulu


Empat hal yang dapat menghilangkan kejernihan air muka
  • Dusta - Hati² kepada penaip pesanan palsu di ruangan sembang.
  • Tidak punya malu - Kucing pun tahu malu, berdasarkan peribahasa 'Malu² kucing'
  • Banyak bertanya tanpa menguasai masalah - 'Lebih baik diam dari berkata²'
  • Banyak buat maksiat - Termasuk maksiat mata, maksiat mulut dan maksiat hati, eh ada ke maksiat hati?

Pesan Mokcik: Anak² pikirlah sendiri yek..



    Siri 5: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja² Dahulu

    Empat hal yang menguatkan tubuh
    • Memakai pakaian yang licin(tidak kasar) - baju cotton termasuk licin ker?
    • Mandi secara  teratur - kadang² susah jugak nak bagi teratur 
    • Makan makanan yang manis dan berlemak - tapi rasanya tidak secara berlebihan
    • Mencium wangian - okay lah kot ye cium jer, tak nyah pakai wangian, org perempuan pakai lebih² kang berdosa lak

    Siri 4: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja2 Dahulu

    Empat hal yang dapat merosakkan mata
    • berjalan tanpa alas kaki
    • sepanjang hari berwajah masam dan susah
    • terlalu banyak menangis
    • terlalu banyak melihat benda2 halus.

    Siri 3: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja2 Dahulu

    Empat hal yang menggembirakan jiwa
    • memandang benda2 hijau
    • memerhatikan air yang mengalir
    • memandang orang yang dicintai
    • melihat buah-buahan

    Siri 2: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja2 Dahulu

    Empat Hal Yang Merosakkan Badan
    • Fikiran susah
    • Bersedih
    • Lapar
    • Berjaga malam(tidak tidur)

    Gambar Hiasan

    Siri 1: Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat | Petua Doktor Raja2 Dahulu

    Empat Hal Yang Menyebabkan Tubuh Sakit

    • Banyak berbicara - mengakibatkan air liur menjadi kering dan mencepatkan uban tumbuh di kepala.
    • Banyak tidur - mengakibatkan wajah menjadi kekuningan, hati jadi buta, malas bekerja dan tubuh menjadi lembap.
    • Banyak makan - akibatkan rosaknya perut besar, melemahkan tubuh, sesak nafas dan bau mulut yang tidak sedap.
    • Banyak bersetubuh - badan lemah, kekuatan berkurang dan akan dirasai di seluruh tubuh.

    Rahsia Kesihatan Sepanjang Hayat

    RAHSIA KESIHATAN SEPANJANG HAYAT
    • Jangan kahwin kecuali dengan yang masih muda.
    • Jangan makan daging kecuali yang segar.
    • Jangan minum ubat kecuali memang sakit.
    • Jangan makan buah-buahan yang tidak ada pada musimnya.
    • Kunyahlah makanan sampai lumat.
    • Tidur siang hari lepas makan tidak salah, tetapi jangan tidur selepas makan malam kecuali berjalan² sekurangnya 50 langkah sebelum tidur.
    • Jangan makan kecuali sudah lapar.
    • Jangan memaksa wanita bersetubuh.
    • Jangan menahan buang air kecil.
    • Jangan menambah makanan ketika perut masih penuh.
    • Jangan sesuatu yang tidak dapat dikunyah oleh gigi, kerana perut juga tidak dapat mencernanya.
    • Sebaik²nya simpanan darah adalah di dalam tubuh, oleh itu jangan dibuang kecuali benar² diperlukan dan harus dilakukan.
    • Berehat juga dengan tidur, kerana ada beberapa penyakit akan keluar melalui tidur.

    Ubah Cara hidup! Ubah Cara Hidup!

    |Catatan 5 Januari|

    Assalamualaikum.

    Ke hadapan kepada kawan² blogger ku. ««(Macam nak tulis surat jer)
    Sihat hendaknya korang semua, walaupun harga minyak telah naik lagi.
    Takper lah.. Sket jer naik tuh, esok-lusa, bulan depan ke, ia naiklah lagi sket².