Showing posts with label Wedding Gift. Show all posts
Showing posts with label Wedding Gift. Show all posts

Lagi Idea Door Gift

Assalaamualaikum.

Cuti sekolah bakal bermula, pasti ramai yang akan berkunjungan ke majlis² kenduri kahwin nanti kan. Bagi bakal² pengantin dan keluarga pengantin juga mesti tengah sibuk² siapkan persiapan untuk majlis masing². 

Antara paling penting dalam suatu majlis kenduri kahwin adalah door-giftnya. Paling basic atau ikut temurun, telur rebus yang dihias lalu dipanggil bunga telur. Bila zaman beredar,  harga barangan juga sudah berbeza dan otak manusia juga semakin kreatif. Kali ni mummy nak kongsi door gift yang mummy dapat semasa mengunjungi beberapa kenduri yang lalu. Mungkin akan beri idea bagi mereka yang masih buntu mencari door gift untuk bakal tetamu nanti.


Gift untuk rombongan pengantin


Hand towel dijadikan door gift

Cadangan Wedding Gift

Assalaamualaikum warahmatullah..

Apa kabar ye anda semua? Harap dalam keadaan sihat walafiat. Sudah habis puasa enam Syawal? Mummy belum lagi, dapat cuti panjang.. Insha-Allah minggu depan hendak tunaikan. Doakan ye moga berjaya lengkapkan puasa enam tahun ini.

Pagi² ni singgah ke sini meluangkan sedikit masa, hendak berkongsi sesuatu dengan anda semua. Sedikit idea untuk dijadikan wedding gift atau door gift orang lain dok panggil. Bendanya sedang², tidak besar atau tidak kecil sangat. Sesuai dijadikan sebagai hadiah walaupun tidak pernah orang buat, apa salahnya kita yang buat, kerana zaman sekarang ini rata² semuanya memiliki smartphone. Apa bendenya?