Showing posts with label apa² ajer. Show all posts
Showing posts with label apa² ajer. Show all posts

Mari Memburu Al-Qadr

Assalaamualaikum.

Apa kabar Tetamu Ramadan Mu?
Harap masih bersemangat seperti di awalnya.
Kerana kini masa pemburuan perlu giat dijalankan di malam² 10 terakhir Ramadan.
Tetapi sayang, bazar penuh dengan manusia dan masjid pula kian susut dari manusia.
Ayuh, kita tukar! Al-Qadr diutamakan sebagai tetamu Ramadan kita, bukannya Syawal di hati.

Sekian. Kosong-kosong.

Tata² Rejab

Assaaamualaikum.

Hye kawan²! Harap semuanya sihat.
Kini Rejab sudah pun melabuhkan tirainya. 
Esok sudah 1 Syaaban.
Lepas tu Ramadan...



Maaf terlewat buat entri ini, internet slow kann.. Hehe

Selamat Tahun Baru Hijrah


Salam Maal Hijrah yang ke 1436.

Di kesempatan ini, 
mummy ingin memohon maaf 
di atas segala kekhilafan yang berlaku selama 
berada di dunia blog bersama teman² semua.

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun² di belakang.

Oktober Telah Tiba

Assalaamualaikum.

Salam Jumaat dan Salam Eidul Adha.

Apa kabar? Harap kalian dalam limpahan kasih dan sihat wal'afiat.

Mummy ada kurang sihat sikit jer sejak dua-menjak. Insha-Allah sudah beransur sihat, selsema pun makin baik. Alhamdulillah..

Oktober kali ini tiba dengan sambutan Hari Raya Haji, dan merupakan hari raya yang terbesar untuk seluruh umat islam kerana berlakunya pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail kepada pencipta-Nya, juga peristiwa pengorbanan Siti Hajar, isteri kepada Nabi Ibrahim yang redha bila diperintahkan Allah untuk ditinggalkan di kawasan padang pasir. 

Kita sebagai penganut Islam juga disarankan untuk melakukan ibadah korban lembu, kambing atau binatang seumpama dengannya, ayam tidak boleh tau..! Ibadah korban ini dituntutkan ke atas setiap penganutnya sehinggakan diharuskan untuk berhutang. Tak percaya? Pi tanya ustaz.. Kalu hendak kahwin pun sanggup buat personal loan, inikan pula untuk tunjukkan kecintaan kita kepada Allah Taa'la yang telah banyak beri kita nikmat oksigen dan lain² lagi yang kita tidak pinta, tetapi Allah tetapkan sediakan.

'Nak Tengok Babang'

Cucu saudara


Assalaamualaikum warahmatullah..

Hari ni nak citer kisah Adam nak tengok 'babang' yang bermaksud kapal terbang. Kisahnya pada Rabu lalu, merupakan hari keberangkatan anak sedara pulang ke Mesir untuk menjalani peperiksaannya yang terakhir untuk semester yang terakhir, Insya-Allah. Adam bila dengar makciknye nak naik 'babang', memang itu saja yang disebutnya dari hari mula²  bertolak dari Kaybee hingga ke hari sampai di KLIA. 

Mummy juga ikut serta untuk menjadi co-pilot ke KLIA. Sebelum ke parkir kereta, sempat juga Adam tengok kapal terbang yang parkir di sekitar KLIA. Katanya, 'Sikit', bila orang sebut, 'Banyaknya kapal terbang'. Aduyai.. Bising dia dalam kereta dengan mengulang² ayat 'Nak tengok babang'. 

Aktiviti Petang Semalam


Mini bun
Assalaamualaikum!

Hai uols.. Dah lama rasanya mummy tak buat roti. Asyik² buat pizza je.. Semalam masa pergi rumah pakcik saudara teringat pulak, dia ada request mummy buatkan roti. Rupanya dia peminat roti berdasarkan dari cerita dari makcik merupakan isteri beliau. Makanya mummy gagahkan diri untuk meng'roti'kan diri petang semalam. Maklumlah dah lama tak buat ni, takut² tak menjadi pulak kan.. Kalu pun resepi dah betul, rupa yang tak lawo akan mempengaruhi orang nak makan kan. Tapi sendiri buat, sendiri nak makan oke jer. Hiks!

Mood Berbaking

Assalaamualaikum.

Di sebalik tabir snowy cheesy


Dah tido ke baru bangun uols? Mummy baru nak hapdate belog ni.. Siangnyer tak dan nak menaip, tapi sempat jugak jejak dan komen di beberapa belog kawan² sambil simpan mood untuk berbaking. Simpan mood? Boleh pulak gitu eih..

Kereta Abang Rosak



Alkisah semasa dalam perjalanan ke Gopeng tempoh hari, kereta abang telah overheat dan enjinnya dimatikan secara automatik. Dekat setengah jam jugaklah, kami tersadai di tepi jalan, sebelum dapat meneruskan perjalanan yang hanya berbaki kurang lebih 30km lagi sebelum tiba di destinasi penginapan kami. Bila enjin sudah boleh dihidupkan, kami meneruskan perjalanan dengan bekalan berbotol² air untuk diisi jika berlaku lagi overheat dan tangki kering lagi. Ternyata kereta itu berjaya sampai di destinasi tanpa mati enjinnya.

Keesokan harinya, abang mummy dah nekad selepas kenduri harus singgah dulu ke bengkel sebelum balik ke Kuala Lumpur. Tambahan pagi tu, bila abang cek, air dalam tangki berkurang lagi. Mummy yang menaiki kereta lain, kereta kakak ipar yang memang dia insist untuk kami berdua membawa kereta dia ke Gopeng, telah keluar pagi² Ahad untuk mencari sarapan. Sambil² tu kami usha lah mana² bengkel yang buka kan. Last² semasa dalam perjalanan ke tempat kenduri, kami ternampak satu bengkel melayu dekat area Taman Ampang Jaya, dan seperti yang dirancang selepas kenduri, abang pun singgah di bengkel tersebut. Satu sebab dekat, dan satu lagi memang takder dah kedai lain yang buka cuti² hari minggu dan hari merdeka.

BAARAKALLAHUFIKUM



Selamat Pengantin Baru kepada Omar Abu Namar, 30, dan pasangannya Heba Fayad, 23, yang telah diijabkabulkan di Kem Pelarian Al-Shatea, walaupun rumah dan pakaian pengantin mereka telah musnah dibedil tentera Israel. Ikut perancangan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan di rumah pengantin perempuan di Beit Lahiya, utara Gaza, tetapi habis semuanya musnah segala keperluan untuk kelengkapan perkahwinan mereka setelah Gaza diserang Israel. 

Terima Kasih, IKEA

Sudah seminggu rupanya mummy telah sepi, cuti panjanglah katakan.. Maaf ye, sebab tidak dapat online dan tidak membalas kunjungan anda semua, pelan² mummy kayuh ni. Insha-Allah sampai jugak nanti ke rumah anda. 

Awal minggu hari tuh, patutnya buat entri pasal ni, masa jenguk ncik nuff, terperasan dapat CPUV Air Asia Go - Korea Sale. Apabila jenguk lagi pagi ni, tengok² dah credit pun ia.. Tetapi muncul pulak CPUV Ikea. Terima Kasih kerana sudi melekat lagi di Macam²Ann.

CPUV minggu lepas

Wassalam.

Cadangan Wedding Gift

Assalaamualaikum warahmatullah..

Apa kabar ye anda semua? Harap dalam keadaan sihat walafiat. Sudah habis puasa enam Syawal? Mummy belum lagi, dapat cuti panjang.. Insha-Allah minggu depan hendak tunaikan. Doakan ye moga berjaya lengkapkan puasa enam tahun ini.

Pagi² ni singgah ke sini meluangkan sedikit masa, hendak berkongsi sesuatu dengan anda semua. Sedikit idea untuk dijadikan wedding gift atau door gift orang lain dok panggil. Bendanya sedang², tidak besar atau tidak kecil sangat. Sesuai dijadikan sebagai hadiah walaupun tidak pernah orang buat, apa salahnya kita yang buat, kerana zaman sekarang ini rata² semuanya memiliki smartphone. Apa bendenya?

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama Dilanjutkan

Assalaamualaikum.

Selamat malam semua.. 

Apa agaknya aktiviti kawan² semua malam ini?
Mesti ada yang sedang dalam perjalanan pulang ke kota atau ada yang masih bertandang di rumah sanak saudara sempena Syawal yang mulia ini. 
Mungkin juga ada yang sudah mula berpuasa enam atau puasa ganti kot siang tadi?

Mummy rasa hendak lanjutkan lagi Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama, sebab rasanya tidak adil pada yang belom sempat nak ikut serta kerana kesibukkan berziarah dan mungkin juga sebok semasa 10 malam terakhir Ramadan tempoh hari. Lagipun, target mummy nak mencari 30 senarai bloglist belom terlaksana.

Segmen akan dilanjutkan sehingga akan diberitahu kelak tarikh penutupannya. Jom lah kongsi pengalaman anda semua, dapat jugak mengenang kembali kenangan manis. Ajak jiran sebelah rumah pun oke ni! Jom ramai² ikut. Jangan lupa hadiah untuk referral tertinggi yer..

Jom join & blogwalking..



Selamat beristirehat.

Hasil Semakan Kiblat

Assalaamualaikum.

Pada 18 Julai tempoh hari, telah berlaku lagi Istiwa A'zam. Ini membolehkan umat Islam seluruh muka bumi sejak dahulu sehingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah kiblat dengan mudah dan tepat.

Ditakdirkan pada hari yang sama, cuaca di sini agak mendung. Memandangkan tiada langsung bayang, mummy kecewa sebab tidak dapat semak kiblat di sini. Namun, hasrat hendak semak arah kiblat rumah di kampung tercapai dilakukan oleh seorang agen yang mummy lantik sebagai wakil diri. 'Hehe.. Jangan marah arr siapa yang berkenaan tuh..'

Jom tengok hasilnya..
Kayu yang ditegakkan dan bayangnya

Hari Ini Beday Adam

Hari ni Adam sambut hari kelahiran, syioknya dapat potong kek dan makan ramai². Adam syer tarikh beday dengan mamanya.. Rindu kat Adam entah bila dapat bersua lagi, kalu tak dalam sebulan, ada lah satu atau dua kali Adam akan terpacak di depan muka pintu umah mummy. Sekarang, Adam takde nak dtg² macam selalu, sebab papa Adam dah berpindah kerja di bumi kelahiran Adam.

Semoga panjang umur, murah rezeki & diberkati Allah selalu buat kedua-dua ibu&anak Adam.

Sent from my mobile®

Masuk Hospital

Mengenang kembali.

8 Mac yang lalu..

Danish adalah anak sedara mummy yang baru genap usia 6 tahun pada 8 mac, telah ditahan di Hospital Serdang setelah terkena cirit-birit dan muntah². Mummy tahu pun lambat setelah sehari dia di ward, abang baru bagitahu. Mummy ingatkan tersalah makan ke apa, tetapi pada hari pertama doktor kata suspek apendiks. Apendiks lagi? Apa kaitan kanak² dengan apendik ni yer. Mummy don't have the answer. Nak kata salah makan logik atas dasar minda mummy yang bukan doktor. 

Kesian, lihat wajah yang sugul ini.
Danish ni jenis tak kuat makan. Dia hanya suka makan nasik dan telur, lepas tu minum sirap. Walau telur rebus suku jenuh nak habiskan, nasik pun konfim tak habis. Tengok badan tu kurus kering je. Mummy nak komen lebih² pun bukan duduk serumah dengan dia, sah² mak-bapak dia lagi arif pasal pemakanan dia. 

Setelah didiagnosis, rupanya Danish telah terkena jangkitan kuman di peparu. Alahai, kesian. Nasib baik warded tak sampai seminggu. Tapi sayang, sekali pun mummy tak dan nak gi jenguk, hanya wakilkan hubby untuk ziarah Danish time hubby pulang kantoran. 

Pada masa tu kan cuaca sangat panas di siang hari. Mummy masa tu senang kena sakit kepala kalu terdedah kepada cuaca panas. Nak keluar sekejap untuk jemur kain pun, dah sakit kepala, apatah lagi nak keluar berlama² atas kenderaan memang rasa nak elak sangat. Nasib baik sekarang cuaca sejuk sedikit. Mintak² Malaysia tak terkesan sangat dengan El-Nino nanti. Wallahu'alam.

Eh! dah sihat ke?
Gambar di atas ni adalah gambar sehari ke dua hari sebelum keluar ward. Amboii! Sakan nampak dengan hp ibu dia tuh.. Dah sihat lah tu! Bila dah sah dah xde lagi kuman dalam peparu, dapatlah keluar ward. 

Cucu Baru - Irdina Safiyyah

Pada 16 Mei lalu, mummy dapat lagi cucu baru sorang lagi. Huhuhu.. Hai, asik dapat cucu jer. Nantilah senang² mummy nak amik anak angkat nak wat kawan dan teman nak bermanja. Sapa nak kasik?

Budak tecik Irdina ni lahir pada Hari Guru. Nak jadi guru kott.. Hehe

Jom usya cucu baru mummy..

Hari pertama

Hari ke dot dot


Nota: Syukur Alhamdulillah, mummy masih punya seorang suami.

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya

Tetiba rasa nak tahu lirik lagu yang tengah hot sekarang. Hot ke?
Mungkin korang dah tahu.. kalu belom tahu, jom check it out!


Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku


Bloglist Baru untuk 2014

Nak buat segmen ke 'GA'.. Segmen ke 'GA'.. Segmen ke 'GA'..

Okay, mummy tengah berkira² nak buat senarai bloglist baru untuk tahun ni. So, apakah cara terbaik nak buat pilihan calon bloglist? Saja lah kan nak tukar dan juga tambah kenalan. Maklumlah mummy bukannye full-time blogger. Ada masa baru wat blogwalking dan komen. Kalu tak dan, melawat jer lah campur tak tahu nak komen apa. Sebab kalu komen tu biarlah berasas dan tidak menyakitkan hati. Hehe.. Just my 2cent.

'GA' dah pernah buat sebelum² nih. Kalu segmen memang tak pernah buat punya. Rasa macam tak reti pula nak bersegmen.. Haha..

Tapi, yang paling mengusarkan, adakah orang nak join nanti? Maklumlah blog mummy, belog pencil jer.. Setakat sepuluh orang, memang sayu je rasa.. Huhu.. 

Bab gusar tu, kita ketepikan lah kan.. Jom, fikirkan positif. Doakan mummy kuat semangat untuk teruskan niat murni ni. 

..dan.. 

Mummy pasti sangat memerlukan sokongan kalian semua...

Oh! hari ni kamis kan.. 'Selamat berbuka' pada yang berpuasa, dan 'Selamat minum petang' pada yang sedang menikmati secawan kopi atau teh...



Wassalam.

Menghitung Hari..

Assalaamualaikum!

Hari apa yang dihitung lak tue? Nak kata mengandung, tak jugak. Mengandungi adalah.. Haha..

Entahnye, mummy suka² menghitung hari yang laju sangat berlalu.. dan..

Hari ni hari paling membosankan dalam minggu ini.. Tak tahu kenapa.. Mungkin anda juga ada hari² yang membosankan untuk dilalui.. Rasa tak boleh nak citer kat orang bagaimana rasanya.. Hanya orang yang rasa akan merasainya.. Uhuhu

Okay itu jer nak taip.

Hmm.. Ada tambahan sikit lagi. Harap malam ini menceriakan malam korang, sebab malam ni mummy ada sket masa untuk buat blog jogging.. But just a few blog i guess. Blogwalking, do drop comment and say 'Hi!', while watching 'Neraka Zionis' on TV Al-Hijrah..

Semoga hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini untuk mummy dan kawan² blogger juga. Aamin.



Ehsan Gugel

Rindu Budok Nih


Cepat oyak namo awok gapo dio...