Showing posts with label Diari mokcik. Show all posts
Showing posts with label Diari mokcik. Show all posts

Panggil Mummy Sudah ler..

As salam,

Bolehkah jika mokcik ingin buat permintaan dari korang² semua?

Mokcik ni teringin sangat nak punya anak yang boleh panggil mokcik sebagai mummy dia.. Cuma rasa usia sudah makin meningkat ni, macam x kan jadi kenyataan lerr..

Itu sebab tu, mokcik nak korang ajer lah yang panggil mummy kat kiter! Boleh kann..

Untuk pengetahuan korang yg tersayam semua, cucu sedara mokcik jer yg dah panggil mummy. Rasa mcm x cukup lah, rasa nak lagi, sebab bukan jumpa diorang hari² pun.. Kalu mokcik singgah sini hari² dapatlah dengar sendiri sebutan tuh hari² kan?! Haha.. Mcm mentalist lak haku.. Okay, I masih waras kay!

So, boleh takk.. Boleh lah kann..

Panggil ajer 'mummy'

Separuh Hari Bersama...

Wokeh!
Ada story lagi nak syer for 2day..

Aikk.. Bulan nih macam ada banyak aura la pulak nak berhapdate belog.. Nak kata ada banyak masa tu, tetaplah sama 24 jam jer sehari macam orang lain jugak kan.. kan.

Nak kata banyak xtvt, hari² sebelum ni pun ada byk xtvt jugak.. Cuma yang beza, mungkin sebelum ni xtvt rutin, minggu ni macam ada xtvt berbeza cikit naa.. 

Atau sebab terkena aura kawan² blogger? Ngeh².. Tiba² rasa macam² stori nak taip. Uols tak kesah kan kalu mokcik amik sket aura dari korang yer. Macam ada magnet lah.. Full-stop.

Nak tahu ke apa xtvt yang ada beza sket tuh eih?! Tika dan saat dok taip kat perenggan ni, xtvt tu dah pun dah berakhir.. Mokcik pagi tadi diminta oleh anak sedara mokcik untuk menjadi nanny sementara jer.. Memang sementara lah, sebab besok bapak budak tu dah amik cuti. Maknyer pun by tomorrow morning dah abih programnyer. Dah takde chance nak play² dengan cucu sedara ku yang sorang ni - Adam Haziq namanyer.. Besok jugak kot si botak Adam nak balik kg dah.. Datang sekejap jer, di atas sebab urusan maknyer di Kolumpo sejak semalam..

Moh ler kita layan gambar Adam Haziq kejap. 


Gambar atas tu, masa awal pagi. Ala² merajuk sebab kena tinggal. Time menangis tak nyah citerlah memanglah harus kan.. Nasib baik mokcik tak sempat snap jer gambarnyer.. Gambar bawah ni pulak, lagak macam bisnesman lak yang serius & bz layan message pelanggan.. Siap garu² kepala tuh..



Rasanya itu ajerlah yang nak story-mory.. Terima kasihlah pada yang sudi baca&komen.

Wassalam.




JOM LIKE → Kedai Online Nooxa

Bicara Hati

Salam 20sen.

Duh! Sekejap ajer hari ke sehari berlalu.. Belom sempat nak fikir nak update apa lagi untuk bulan Ogos, tuptup dah masuk september..  Belom sempat nak hapdate pasal harga minyak naik, sekarang harga barang dan makanan sudah mula terasa mahal.

Nampaknya kepala otak mokcik ni terasa lambat bonar nak pikir untuk buat entri, sedangkan masa semakin laju meninggalkan kita... Amacam? Korang okay ker? 

Bila dok fikir² pasal masa berlalu dengan pantas ni, memang ngeri rasanyer. Sebab apa? Kita dah semakin ke hujung doniya! Maksudnyer.. kiamat semakin hampirrrr benar. Takut takk? Eii... Mokcik risau dan takut sangat, pasal amalan tak cukup beb.. Cuma yang mampu usaha buat yang terbaik setiap hari, tapi nama lagi manusia, sering buat silap dan teralpa.

Ehsan Gugel

Dalam pada dok risau tuh, jangan lupa mohon ampun dan rahmat dari Dia - Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Wassalam.
Ehsan Gugel

Birthday Guy on his Labour Day

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera

Gambar hiasan

Semalam, 25 Ogos adalah hari ulangtahun kelahiran hasbenku. Tapi semalam juga adalah hari bersejarah beliau, sebab 2 hari berturut² terpaksa bertungkus mulus mengerjakan masalah siling menitiskan air dari sumber air yang menyalurkan ke rumah kami.

Masalah Tangki Utama

Salam Muhibbah Petang Sabtu..

Adoiyaiii.. Petang² begini sepatutnye buat prepareration untuk bbq malam nanti. Berangan² dapat gather² dengan famili&frenz nak makan ayam bakar, udang bakar, kambing bakar.. bersama nasik kelabu kerabu buatan sendiri.. Namun semua menjadi angan2 mak jemah ajer la yer.. Sebab rumahku takder sumber air yang boleh dibenarkan masuk ke tangki utama mahupun untuk ke paip direct dari syabas melalui tangki filter yang wajib ado, kalu xdo, jawabnyer air kuning pula akan mengeruhkan segalanya...

SELAMAT HARI RAYA 2013


Assalaamualiakum!
Belum terlambat rasanyer untuk mokcik ucapkan
Selamat Hari Raya

Sambutan Hari Buruh 2013


Okay.. ini pulak adalah sambutan di ambang 1 haribulan Mei 2013


Tiada Kata Secantik Bahasa
Tiada Kata Selain Ucapan
 'Terima Kasih buat Sayang'


Comel tak kek ni kawan²? Sedap jugak kek coklat yang beli ni. Dah boleh buat jual sendiri pun, masih nak beli lagi.. Ini hanya akan berlaku bila ada hari spesial jer.. Huhu.. Hari ulangtahun mengingati umur ku makin bertambah.. hohoho.. 

Gambar ini untuk buat ingatan.. kot² tahun depan dapat kek yang sama lak kan.. harap dapat yang lain lah.



Kesayangan


Assalaamualaikum!

Nama saya 'kucing kelabu manja'. Umur saya dah nak masuk 9 tahun bila tiba Oktober 2013 nanti. Tuan saya rasa saya ni masih muda(sebab masa terlalu cepat berlalu), tapi sebenarnya saya dah kira tua dah. 
Hari ni, tuan saya telah hantar saya ke hospital vertinar untuk mandulkan saya. Motif utama tuan saya berbuat demikian adalah untuk menyekat saya daripada saya spray cecair ajaib saya ke setiap sudut untuk marking kawasan jajahan saya. Maklumlah rumah tuan saya ni femes dengan pelbagai haiwan yang suka singgah cari rezeki. Bagi tuan saya, mereka adalah teman, tapi bagi saya mereka adalah musuh ketat saya. Tambah² ada lagi seekor jantan tuan saya bela, dan telah banyak kali cuba nak goda mak saya, mesti lah saya tak suka kan. Saya selalu spray ke arah rumah bertingkat ia, sebab saya jeles, dan tanda saya marah kat ia.

Kehilangan


Assalaamualaikum!

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Apa kabar kawan² blogger sekalian? Mokcik sihat hari ni, tapi hati jer rasa sedih sikit. Mana taknyer, petang tadi, waktu asar teman sepermainan mokcik kat rumah ni dah tak bermaya lagi nak melawan sakitnya, dan sudah tiada lagi pada saat ini..

Rasa Syukur



Saya bersyukur.. Kerana hari ni saya:-

Tarikh 12.12.12

Assalaamualaikum.

Apa yang ada pada tarikh 12.12.12 ini di mata anda? Biasanya ia akan disemat untuk meraikan tarikh pernikahan atau tarikh hari pertunangan.. Sebab atau supaya mudah diingati kelak. Tapi bagi mokcik kalu dah tarikh penting haruslah semua pasangan itu ingatkan.. sebab ia adalah hari penuh bersejarah. Tidak gitu?

Frigde Makin Sejuk

Alhamdulillah...
Peti sejuk mokcik dah makin sejuk. Entah apa penyakit ia sebenarnyer.. Dah beberapa hari, ia telah buat banyak barang rosak. Tapi hari ni ia dah makin sejuk.
So, masih ada masa untuk menabung dan prepare minda untuk beli yang baru..

Peti Ais Rosak

Salam di petang2 selasa.
Petang ni kepenatan selepas membikin kek tempahan. Semalam pun ada tempahan juger. Tapi penat buat kek pun kira ok lagi...
Tak laratnyer bila kena berperang dengan askar semut. Nak tahu; kat rumah dah lama berkoloni sang askar ni. Sampai dah buntu nak letak ubat apa lagi.
Sekarang ni hanya mampu menengok jer ia berbaris. Kadang2 bila geram, ku gilis jer dengan kain lap.
Semalam nak dijadikan tragedi.. terserempak dengan askar ni berbaris dalam peti sejuk lak. Panik giler lah, pasal yang dihurun tu kek coklat. Bertungkus-muluslah berperang, sehingga berkali2 kena bukak tutup peti ais.
Sudahnyer, peti sejuk mokcik dah tak sejuk lagi.... uwaaaaaa
Apa nak buat yer, boleh dibaiki ke, bahagian freezer macam ok lagi.. atau kena beli baru?
#aduh! kena kumpul duit lagi

Kiki Dah Sihat

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya... Kita masih beraya tau.. raya haji sebulan okay... Bukan raya puasa jer nak beraya sebulan.. Jom berziarah, jika ada masa terluang.

Singgah nak cerita pasal Kiki..

Setelah 10 hari kena kurung, Kiki dah boleh bebas.. Kalu kita sebagai manusia ni boleh dikatakan boleh keluar ward. Bekas jahitan pun dah tak nampak.. Alhamdulillah.. Kiki takde masalah nampaknyer selama  kena cage rest..

Alhamdulillah.

Kiki -kucing tersayang- Masuk Hospital

Assalaamualaikum & Salam Tengahari buat pembaca blog yang gersang ini..

Hari ini Kiki akan dibedah-siasat. Oh! Apa sudah jadi pada kucing tersayangku itu.

Okay, semalam mokcik pergi hantar Kiki jumpa vet sebab ada temujanji yang telah dibuat 2 bulan lalu. Kiki perlu dioperasi kerana atas sebab hendak mandulkan ia. Kucing ku itu telah tua sebenarnya - 9 tahun sudah. Sejak dua menjak, dia asik jer miscarriage her baby... Dengan kata lain anak yang dilahirkan tak cukup bulan.

Salam 3 September

Assalaamualaikum!

Apa kabar? Sihat hendaknyer kawan2 di luar sana tuh..

Mokcik jer yang kurang sihat, selsema makin menjadi2 pulak.. Daripada minggu lepas lagi dah dapat sakit tekak, tapi lepas amalkan magnetic aura, Alhamdulillah sakit tekak cepat hilang. Yang tinggal hanya rasa penin kepala, campur hidung tersumbat dek seleseme. Masa tu gagah lagi pergi beraya satu hari.. Esoknyer, surrender.. Beraya atas katil jer.. Badan pun nak rehat. Masuk Isnin, Alhamdulillah rasa dah pulih sket.

Tup-tup, Jumaat hari merdeka, seleseme datang balik. Kalu dah selesema memang akan rasa penin kepala lar.. Badan pulak memang tak cukup rehat, sebab banyak sangat aktiviti nak buat, belom campur aktiviti dalam kepala lagi tengah berputar jer carik idea. Sampaikan magnetic aura dan habbatus sauda yang dok amal tu terbengkalai.. Memang asik terlupa jer lah.. haiyaa..

Bila difikir dan diingat balik, tyme jadi suri-rumah ni memang lagi bz lah, rasa masa tu tak cukup jer.. Belom tambah wat keje sambilan kat rumah lagi nih.. Ish..ish..ish.. ke mokcik ni tak reti nak atur masa.. Huhu.. Fokus ok.. Fokus!

Jom hayati terjemahan surah ni:

AL ‘ASHR (103)


Hadiah GA

Assalamualaikum!

Keputusan dah ada di tangan.
Harap para peserta akan bersabar sedikit masa lagi..
untuk uruskan pengumuman

Soriiiiii for being so late to announce!!
sebab mokcik terlalu biziii

Cute kan saya?!
Sedangkan Nabi ampunkan ummatnya.. Apatah lagi kita sesama ummat.
Time-out utk prepare dinner..

See you soon..

6 Julai Sudah...


Assalaamualaikum.

Hari ni dah 6 Julai 2012 bersamaan 16 Syaaban.
Cepat kan masa berlalu, dah tak lama lagi kita nak mula berpuasa. Mohon umur kita dipanjangkan supaya dapat bersua Ramadan al-Karim.

Cepat masa berlalu juga, membuatkan mokcik terpaksa membiarkan belog cumil ni kekeringan entri. GA hari tu pun terlewat buat inspection. Tapi jangan risau, senarai peserta dah beres, penyertaan jer nampak macam tak beres. Hehe.. But, no worry, pemenang akan diumumkan jugak. Tolong yer check balik link entri anda semua dan tungguuuuu..

Ada sedikit masa terluang ni sebenarnya nak citer pasal cucu sorang ni. Jangan tak tau, mokcik dah ada cucu wei.. Cucu yang ke-3. Hebat kan bunyiknyer.. Dah ada cucu, cuma anak jer belom ada, tapi tak termasuk anak kucing, anak kunci, anak tekak dan yang sewaktu dengannya, semuanya lengkap.

Jalan² Ipoh Naik ETS

Assalaamualaikum!

Tiket Platinum

Hari ni dah Selasa, tapi mokcik nak citer pasal hari Sabtu yang lalu.. Ada jemputan orang kawin kat sungai siput - sepupu hubby kenduri kawen. We all plan nak balik dengan kereta antik hubby, untuk balik kampung dia sekali, plus nak gi carik stok makanan gabbit kat sana.. Tapi plan hanya tinggal rancangan, nama dah antik, ada pulak yang tak kena dengan tayarnya, tak sempat nak repair hari jumaat tuh.

Tup-tup, rancangan bertukar sepantas kilat - kena naik ketapi ETS yang direct dari KL Sentral terus ke Ipoh. Tiketnye rega RM45 satu. Hu-hu.. Lumayan kan.. Terpaksalah. Sebab nak gi bersilahturrahim, dapat makan nasik minyak lagi.. Ingat tak sebelum ni, mokcik ada citer nak gi JB makan kenduri, pun tak jadi sebab kete antik ni jugak. Hu-hu.. Dugaan tul lah..