Showing posts with label Makanan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Makanan Rohani. Show all posts

Kisah Api

Ketika NABI ADAM AS. diturunkan ke bumi, beliau tidak lagi memperoleh makanan secara mudah seperti di syurga. Beliau harus bekerja keras untuk memperoleh buah-buahan atau daging untuk dimakan.

Ketika beliau memperoleh binatang buruan dan menyembelihnya, ternyata tidak bisa langsung dimakan begitu saja kerana masih mentah dan tentunya tidak enak. Maka, beliau berdoa kepada Allah agar diturunkan api untuk memasak. Maka ALLAH SWT. mengutus MALAIKAT JIBRIL meminta sdikit api kepada MALAIKAT MALIK di neraka untuk keperluan NABI ADAM.

MALAIKAT MALIK berkata: “Wahai JIBRIL, berapa banyak engkau menginginkan api?”

MALAIKAT JIBRIL berkata: “Aku menginginkan api neraka itu seukuran buah kurma.”

MALAIKAT MALIK berkata: “Jika aku memberikan api neraka itu seukuran buah kurma, maka tujuh langit dan seluruh bumi akan hancur meleleh kerana panasnya!”

MALAIKAT JIBRIL berkata: “Kalau begitu berikan saja kepadaku separuh buah kurma saja.”

MALAIKAT MALIK berkata lagi: “Jika aku memberikan seperti apa yang engkau inginkan, maka langit tidak akan menurunkan air hujan setitis pun, dan semua air di bumi akan mengering sehingga tidak ada satupun tumbuhan yang hidup!”

MALAIKAT JIBRIL jadi kebingungan, sebanyak apa api neraka yang aman untuk kehidupan di bumi? Kerana itu JIBRIL berdoa: “YA ALLAH, SEBANYAK APA API NERAKA YANG HARUS AKU AMBIL UNTUK KEPERLUAN ADAM DI BUMI?”

ALLAH SWT. berfirman: “AMBILKAN API DARI NERAKA SEBESAR ZARAH (SATUAN TERKECIL, ATOM).”

Maka MALAIKAT JIBRIL meminta api neraka kepada MALAIKAT MALIK sebesar zarah dan membawanya ke bumi. Tetapi setibanya di bumi, JIBRIL merasakan api yang sebesar zarah itu masih terlalu panas. Maka beliau mencelupkan (membasuhnya) sebanyak 70 kali ke dalam 70 buah sungai yang berbeza. Setelah itu baru membawanya kepada NABI ADAM dan meletakannya di atas gunung yang tinggi.

Apabila api tersebut diletakkan, gunung tersebut hancur berantakan. Tanah, batuan, besi dan semua saja yang ada di sekitar api itu menjadi bara yang sangat panas, dan mengeluarkan asap. Bahkan api sebesar zarah itu terus masuk menembusi bumi, dan itu membuatkan MALAIKAT JIBRIL khuatir. Kerana itu JIBRIL segera mengambil api tersebut dan membawanya kembali ke neraka. 

Bara terbakar yang ditinggalkan itulah yang sampai sekarang menjadi sumber api dunia, termasuk yang menjadi magma-magma di semua gunung berapi di bumi ini. Tidak boleh dibayangkan bagaimana panasnya api neraka tersebut, kalau bara api dunia itu umumnya berwarna merah, maka bara api neraka itu berwarna hitam kelam, seperti hitamnya gelap malam.

NABI saw. pernah menanyakan tentang keadaan api neraka itu, maka MALAIKAT JIBRIL berkata: “Sesungghnya ALLAH SWT. menciptakan neraka, lalu menyalakan api itu selama 1000 tahun sehingga (baranya) berwarna merah. Kemudian (ALLAH) menyalakannya (menambah panasnya) selama 1000 tahun lagi sehingga (baranya) berwarna putih, dan (DIA) menyalakannya (menambah panasnya) selama 1000 tahun lagi sehingga (baranya) berwarna hitam.Maka neraka itu hitam kelam seperti hitamnya malam yang sangat gelap pekat, tidak pernah tenang kobaran apinya dan tidak pernah padam (berkurang) bara apinya.”

SUMBER : Dari kisah AL-HABIB UBAIDILLAH BIN IDRUS AL-HABSYI SURABAYA (ALUMNUS RIBATH DARUL MUSTHAFA YAMAN)


ALLAHUAKBAR... 
Tak terbayang betapa panasnya neraka itu, dan begitulah beratnya seksaan Allah Taala. 
Sempena di bulan Ramadan Kareem ini, mari kita sama-sama mohon keampunan agar kita dijauhkan dari seksaan api neraka. Sampaikanlah kisah ini kepada orang lain, moga ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang kita sampaikan, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kita juga akan mendapat pahalanya sampai hari kiamat..
Wassalam.

MENJAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W. SETIAP HARI

Sumber: Ummi Iman. 
Terima kasih Ummi Iman
Assalamualaikum
Sedikit sharing drp Ustaz Don Daniyal yang diterima melalui whatsapp.


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

-----
Semoga bermanfaat dan dapat kita amalkan bersama.
Entri dipos secara auto schedule




Petua Doa Makbul

Petikan dari buku Doa&Zikir Harian

»Berdoa dengan ikhlas
»Mulakan dengan pujian kepada Allah, dan diikuti selawat ke atas Nabi s.a.w.
»Akhiri doa dengan pujian dan selawat juga
»Bersungguh2
»Khusyuk dan rendah hati
»Berdoa setiap masa, ketika senang atau susah
»Tidak berdoa di tempat maksiat
»Mengadap kiblat dan berwudhuk
»Hendaklah bertaubat dahulu sebelum memohon hajat
»Makanan & minuman mestilah dari sumber yang halal
»Hendahklah melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan perkara yang dilarang
»Berdoa untuk diri sendiri dahulu baru doakan untuk orang lain
»Sapukan tangan ke muka bila selesai berdoa
»Aminkan doa yang dibaca.

... Ada banyak lagi petua, boleh dapatkan buku tersebut untuk panduan penuh.

Semoga bermanfaat. Wassalam.


Sent from my mobile®

7 CHECKLIST SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Tujuh perkara mesti dilakukan sebelum meninggal dunia.
1. Selesaikan rukun iman, tiada syirik.
2. Selesaikan rukun Islam - jika belum mendaftar haji, daftar segera!
3. Selalu bertaubat.
4. Pastikan diri meninggalkan perkara² yang diharamkan.
5. Telah dapat solat yang khusyuk atau berusaha untuk khusyuk.
6. Telah menulis hutang.
7. Membuat amalan yang kekal pahala - Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan anak soleh yang mendoakan.

Perkara di atas adalah wajib dilaksanakan kepada mereka yang sudah berumur, dan menjadi perkara beringat² kepada yang rasa masih muda.. kerana mati itu pasti dan akan kunjung tiba pada bila² masa sahaja.

SENARAI PUASA SUNAT 1435H

Sumber: Ustaz Zahazan Mohamed

PUASA 1-9 MUHARAM 
5-13 NOV 2013

PUASA HARI ASYURA 
10 MUHARAM 
13 NOV (Sunat sebelum) - 14 NOV 2013


PUASA SUNAT REJAB 
1-29 MEI 2014

PUASA SUNAT SYAABAN 
(Kecuali Hari Syak 30 SYAABAN) 
30 MEI - 27 JUN 2014

PUASA ENAM SYAWAL
(Puasa mana2 6 hari Syawal kecuali 1 SYAWAL)
29 JULAI - 26 OGOS 2014

PUASA 1- 8 ZULHIJJAH 
26 SEPT-3 OKT 2014

PUASA HARI WUQUF
(Bagi mereka yang tidak menunaikan Haji)
4 OKT 2014

PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS
(Mana2 hari Isnin & Khamis kecuali hari Tasyrik 11 ZULHIJJAH)
6 OKT 2014 (Isnin)

PUASA HARI PUTIH 
Pada 13, 14 & 15 Haribulan setiap bulan hijrah
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014


“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.”
(Riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)

Berkenaan Amalan Bulan Zulhijjah

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..


Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya
وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله
Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).


AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

---
Dipetik dari: http://zaharuddin.net/

Boleh baca sepenuhnya di sana okeh...

Jadual Puasa 2013/1434-1435H

Assalaamualaikum!!

Awal2 tahun ini elok jugak kita azamkan untuk perbanyakkan amalan.
Di bawah adalah jadual untuk berpuasa yang dianjurkan ISLAM.


Klik untuk besarkan

Jom! Jom! Beramal!


Fadhilat Ramadan 6


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Dipetik dari: http://www.darulnuman.com/

Fadhilat Ramadan 5


Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Dipetik dari: http://www.darulnuman.com/

Fadhilat Ramadan 4


Lagi hadis untuk renungan..

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Dipetik dari: http://www.darulnuman.com/

Fadhilat Ramadan 3


Jom baca hadis ini pulak yer..

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Dipetik dari: http://www.darulnuman.com/

Fadhilat Ramadan 2



Jom tengok hadis ni pulak

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Fadhilat Ramadhan 1

Jom kita renungkan sejenak hadis ini.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Makna Doa yang Kita Lupakan

Besarnya Makna Doa yang Kita Lupakan - Semasa Duduk antara Dua Sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku) 
Wa'fuannii (maafkan aku) 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

Okay.. Tulisan ni mokcik cedok, tapi lupa nak save link asalnyer... 
Sekadar untuk ingatan&tatapan bersama

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Di petik dari : Zaharuddin.net
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. 
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Penjelasan lengkap klik sini >>  zaharuddin.net

8 Pesanan Lukman Al-Hakim

LAPAN PESANAN LUKMAN AL-HAKIM

Anak adalah amanat Allah, dan hak yang paling utama adalah pendidikan. Betapa sayangnya Lukman Al-Hakim kepada anaknya dapat dijelaskan melalui pesanan² beliau untuk anaknya.

Dari Abu Umamah, bahawa Rasulullah Saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Luqman memberi nasihat kepada anaknya: Wahai anak, selalulah kamu berkumpul dengan ulama dan dengarkan ucapan orang-orang bijak, kerana sesungguhnya Allah pasti menghidupkan hati yang mati dgn cahaya hikmah spt menghidupkan bumi yg kering kontang dgn basahnya air hujan." 
Ath-Thabarani.


Pesanan Lukman Al-Hakim yang menjadi perkara pokok yang disebut dlm Al-Quran ialah:-
1-Bersyukurlah kepada Allah
2-Janganlah mempersekutukan Allah
3-Berbaktilah kpd orang tua
4-Pergaulilah orang tua dengan baik
5-Tebarkan kebaikan, dan semua akan diperhitungkan
6-Mantapkan mental dan spiritual
7-Kembangkan komunikasi yang menarik
8-Sederhanalah dalam hidup dan bertutur dengan lembut

Sumber: Petikan Buku

Pesan Mokcik: Selamat Beramal

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
  • Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  • Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sembahyang malam.
  • Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  • Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkan bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
  •  

Wallahu'alam. Wassalam

Malam Minggu yang Busan

Assalaamualaikum!

Korang buat apa tu hah?
Tengah jenjalan lah tuh... Eh, samalah kita!
Tapi ni dah penat berjalan.. Berenti nak menaip la pulak. Harap2 ada idea nak taip apa.

Hasil daripada perjalanan hari ni, rata2 berita berkenaan kematian seorang artis yang agak muda. Innalillah..
Kalu dia, Allahyarham Faizal Yusof, meninggal hari ini (1/1/2011) disebabkan jantung, bagaimana kita? Bila? Di mana? Sebab-musabab? Hanya Allah yang mengetahui. 

Setiap yang bernyawa, pasti akan mati. Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana persediaan kita melakukan amalan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Manusia yang sentiasa mengingati mati akan melakukan tugas dengan jujur, bersungguh, dan ikhlas demi mendapat keredhaan Allah.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh Malaikat maut adalah sakit tidak terperi yang tidak boleh digambarkan. Nabi ada bersabda, yang bermaksud
"Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitu sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."

Hmm.. Macamana? Boleh gambarkan? Bayangkan kalu kuku tercabut dari isi pun sakit tak tertahan, ini kan pula kena tetak. Oleh yang demikian, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh Malaikat maut disarankan beberapa amalan tertentu. Antaranya:

Sebelum Tidur
  • Baca Surah al-Ikhlas 3 kali
  • Selawat ke atas Nabi
  • Beristighfar
  • Membaca tasbih
Amalan Harian
  • Sentiasa membaca al-Quran
  • Menjaga sembahyang terutama solat fardhu
  • Membaca tasbih
  • Memperbanyakkan sedekah
  • Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan Yang Perlu Dijauhi
  • Dusta
  • Khianat
  • Mengadu domba
  • Kencing berdiri

Wallahu'alam.

Dipetik dari buku2 lama dalam koleksi peribadi.


Nota: Sekadar berkongsi, jika ada tersalah mohon diperbetulkan.

ADAB-ADAB BERDOA

Adab² Berdoa:
  • Memilih waktu yang baik seperti hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadhan, waktu sahur dan 1/3 daripada malam
  • Memilih suasana yang baik seperti waktu sujud, waktu hendak mendirikan sembahyang, waktu antara dua khutbah dll
  • Mengadap kiblat
  • Tidak dengan suara yang terlalu nyaring (kuat)
  • Khuysuk, gerun dan takut dengan kehebatan Allah s.w.t. ketika berdoa.
  • Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah.
  • Mengulang-ulang sebutan.
  • Memulai doa dengan menyebut nama Allah dan selawat.
  • Berwudhuk
  • Bersih dari najis.
Wallahua'lam.



Nota: Hanya memberi ingatan kepada sahabat, dan juga pada diri ini.

Adab Sebelum Tidur

Salam

Ehsan Ncik Google

Tidur bagi seseorang yang beriman kepada Allah lebih baik daripada ibadat 1000 orang jahil. Maka seharusnya untuk memenuhi tuntutan itu, di bawah disenaraikan amalan² yang patut dilakukan sebelum tidur:

  1. Berwudhuk
  2. Mengadap kiblat
  3. Membaca Bismillah
  4. Membaca surah 3 qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nas) - dihembuskan bacaan di kedua telapak tangan dan digosok ke seluruh badan, amalan ini mengelakkan daripada terkena sihir
  5. Mengucap  Dua Kalimah Syahadah
  6. Selawat
  7. Doa atau Ayat Kursi

Wallahua'lam.