Showing posts with label Orang Popular. Show all posts
Showing posts with label Orang Popular. Show all posts

ALHAMDULILLAH.. Neelofa Sudah Berhijab

Assalaamualaikum warahmatullah..

Setiap petang Jumaat akan disiarkan Usrah Nurani di radio Ikim.fm, dan mummy berkesempatan mendengarnya petang tadi. Teruja kali bila dengar #Neelofa @ Lofa menjadi salah seorang ahli usrah. Bukan apa, sebab memang sudah maklum tentang dia baru sahaja menukar imej baru, iaitu berhijab, dan paling bermakna adalah Lofa sudah berhijrah. Alhamdulillah. 

Mummy mungkin telah menjadi peminat dia - sebab boleh dikatakan sering juga mengikuti rancangan Meletop di Astro jika tiada rancangan lain. Cuma sejak dua menjak, ada saja perkara atau hal yang buat mummy terlupa untuk menontonnya. Tup-tup, masuk Ramadan, terdengar Lofa sudah berhijab. Itu mungkin sebab buat mummy lagi teruja masa mendengar suara Lofa tadi.

Menitis air mata bila dengar cerita Lofa, bagaimana dia mula mengambil keputusan untuk berhijab. Syukur sangat atas hidayah-Nya. Semoga dengan penghijrahan ini, akan ada lebih ramai lagi insan² yang masih teragak² dan yang belom menutup auratnya akan mengikut jejak Lofa untuk memakai tutup kepala dan melabuhkan tudung.

Pengajaran yang mummy dapat dari usrah tadi; kita sebagai hamba kepada Pencipta, perlu sentiasa berkomunikasi dengan Dia yang Maha Mendengar, untuk memohon keampunan dan petunjuk dari-Nya semoga kita sentiasa di jalan yang lurus.

Tahniah! Lofa. I love u Lillahitaala...


Ehsan Pacik Gugurl

Gambar Perkahwinan Diana Amir

Assalaamualaikum!

Perkahwinan Diana Amir pada 25 Oktober 2013 lalu.
 Tersuka pulak mummy tengok gambar Diana Amir kahwin ni..
Sweet jer..









Selamat Pengantin Baru
Baarakallah
Kekal hingga ke Jannah


Gambar2 adalah ehsan dari Roti Kaya & Melvister

Apek Khairul Fahmi Bakal Jutawan

Assalaamualaikum.

Ye ker?! Itu rezeki dia.. Jangan ada yang nak jeles2 lak ekk.. Kalu nak jugak, kena usaha sendiri. Usaha tanga kejayaan. Bukannyer usaha nak mendajalkan orang lain. Hu-hu.. Apa yang mokcik merepek ni.. Jom lah layan berita yang mokcik petik dari sumber Mymetro semalam.

KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.
Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.
“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.
Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).
Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.

Nak gambar jugak ke? Meh sini tengok kita letak sekali neh..

Chong Wei Juara 8 Kali

Salam Sejahtera..

Wehuuuu.. Layan berita sukan la pulak ye! Badminton adalah sukan yang paling mokcik gemar sejak zaman kanak² lagi tau.. Rugi dulu tak bercita² jadi pemain badminton. Kalu tak mesti dah jadi macam Dato' Chong Wei kita sorang ni. Weyy! Jangan berangan lah dah terlambat daaa...

Up (untuk pengetahuan) sekarang pun masih minat badminton ok. Cuma malas nak layan game kat tv, just main kat belakang umah jer. Tapi 2-3 hari ni tak dapat main, raket hilang! Ha-ha-ha.. macam² lah mokcik ni. Tapi serius.. raket tidak dapat dikesan sejak main hari minggu hari tuh.. Aiyakk, nampaknyer nak kena beli baru. Misi untuk menhapuskan kolestrol mokcik harus tetap diperjuangkan!

Back to Chong Wei kay - Mokcik salute lah dia. Dah lapan kali menjadi juara Terbuka Malaysia. Umur baru 29 tahun, muda lah dari mokcik. Apa kaitkan? Okay, memang tak kait ngan usia. Hehe.. Best pasal dia ni, rasanya sebab semangat juang dan keinginan yang tinggi yang ada dalam diri yang telah menjadikan dia juara berkali². Dah siap bukukan perjalanan hidupnya hingga berjaya dalam  “There To Be A Champions“ yang bakal dilancarkan tak lama lagi.

Gambar Sumber Mymetro